Taklimat 1 telah diadakan pada 16 Julai 2010 di Dewan Kuliah Bilik Seminar, Kolej Komuniti Masjid Tanah jam 11.00 pagi yang telah disampaikan oleh cik SIti Ubaidah Binti Yusof. Antara maklumat yang disampaikan :
- Para pelajar perlu memastikan lulus dalam semua subjek teknikal semester 1 dan 2
- Jika para pelajar tidak lulus dalam subjek am seperti Bahasa Inggeris @ Matematik, anda masih layak menjalani LI. Tetapi perlu mengulang subjek tersebut di semester ke 4
- Sebelum sesi taklimat bermula pastikan anda menerima Borang Maklumat Pelajar dari Penyelaras LI
- Isikan borang tersebut beserta dengan dengan gambar berukuran pasport(atau yang sewaktu dengannya) dan salinan slip peperiksaan semasa semester 1, jika ada pelajar yang mengulang modul teknikal, pastikan anda lampirkan sekali salinan slip peperiksaan semester 2.
- sila kembalikan borang ini beserta dengan lampiran ke Unit Perhubungan & Latihan Industri 1 minggu selepas tarikh talimat ini, mana-mana pelajar yang gagal berbuat demikian akan diambil tindakan
- Pada 1 Ogos 2010, sila dapat Surat Permohonan Tempat Latihan Industri di Unit Perhubungan & Latihan Industri. setiap pelajar akan diberikan 2 surat permohonan tersebut untuk diberikan ke mana-mana majikan yang ingin dipohon oleh pelajar
- Tarikh akhir bagi mendapatkan jawapan dari pihak majikan ialah 29 Oktober 2010
- Bagi mana-mana pelajar yang gagal mendapatkan tempat latihan industri seperti tarikh yang tertera sila berhubung dengan Unit Perhubungan & Latihan Industri untuk tindakan selanjutnya
- Jika pelajar mendapat tempat latihan industri melebihi dari 1 tempat, sila ke Unit Perhubungan & Latihan Industri untuk membuat keputusan pemilihan syarikat
- Sebarang pertukaran tempat latihan industri tidak dibenarkan sama sekali setelah pelajar membuat pengakuan untuk menerima tempat latihan yang dipilih
- Antara kandungan yang terdapat di dalam Surat Permohonan Tempat Latihan Industri ialah : surat permohonan, salinan borang maklumat pelajar, salinan slip peperiksaan pelajar, sinopsis program, borang jawapan
Sebarang pertanyaan berkenaan taklimat 1, sila hubungi Unit Perhubungan & Latihan Industri