Thursday, April 21, 2011

audit SIRIM

assalamualaikum dan salam sejahtera

pada 21 februari 2011 sekali lagi KKMT diaudit oleh SIRIM. kali ini audit pemantauan telah dilakukan oleh puan siti rahmah. memang  berdebar2 ketika diaudit, walaupon inin merupakan audit kali ke2 oleh SIRIM, namun unit li tetap berdebar2 mneghadapi saat diaudit. ini adalah kali pertama pn ros selaku pgawai perhubungan & latihan industri berdepan dgn auditor. thn lps cik siti ubaidah selaku memangku tugas berdepan dengan pn siti. terma kasih byk2 pada cik siti ubaidah. kredibiliti cik siti ubaidah kita tak boleh disangkal lagi sebab dengan jayanya memangku tugas pn ros yg ketika itu cuti bersalin.

alhamdulillah, atas kerjasama semua pihak yg terlibat secara langsung atau tidak langsung, unit perhubungan dan latihan industri telah berjaya dlm pengauditan SIRIM dengan tiada NCR mahupon pemerhatian. Secara keseluruhannya, Kolej Komuniti Masjid Tanah, Melaka berjaya dalam pemantauan audit kali yg ke2 dengan 0 NCR 0 OFI. tahniah! buat KKMT. di bawah dilampirkan ganbo2 di sepanjang tempoh audit.


pn ros dan penyelaras2 LI sedang diaudit




Friday, April 15, 2011

selamat ulang tahun kelahiran Tn Hj Dzul

assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Pada 1 April yang lalu, pihak kolej telah membuat surprise besday utk mantan pengarah kita, Tn Hj Dzulkarnain Goh Bin Abdullah. Al kisah kejadian berlaku ketika perhimpunan pagi pada hari tersebut. Bermula dengan pengumuman yang diberikan oleh Tn Hj Dzul kemudian diikuti oleh pegawai2 kanan yang lain. Ketika Pn Ros konon2nya memberi pengumumam yang ke2, ketika itulah semua pensyarah menyanyikan lagu 'Allah Selamatkan Kamu' kepada Tn Hj Dzul, Kelihatan Tn Hj terkejut dengan tindakan kami. Semoga Tn Hj panjang umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam segala urusan seharian.

 ini lah kek secret recipe 'pecan butterscoth'

 Tn Hj terkejut dengan surprise besday yang diraikan ketika perhimpunan pagi staf

 Senyum kegirangan cik akma, mcm dia punye besday plak

 apalah yang Pn Mimah beriya tunjuk peace tu?